JENTERA Umno 1Malaysia tertumpu ke Rompin. Jentera kerajaan dikerahkan ke Rompin. KEPUTUSANNYA : Majoriti BN merudum kepada 8,895 undi ...
berbanding 15,114 undi semasa PRU-13 dua tahun lalu.
Penurunan sebanyak 41.1 PERATUS.
Sokongan kepada BN adalah yang terendah sejak 1990 - 60.5
peratus.
Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin: "Rakyat telah memberi
ISYARAT dan BN mesti mengambil berat".
Rompin daerah dalam negeri kepunyaan Najib Razak. Rompin
KUBU kuat Umno. FELDA "fixed deposit" Umno.
51.51 peratus pengundi Rompin adalah peneroka dan buat
pertama kali PAS menang di 3 peti undi Felda. Sokongan peneroka Felda kepada
Pas meningkat 12 peratus.
Kata Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob: "Pengundi
cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan, GST dan Felda adalah isu yang memberi
kesan kepada rakyat dan kita perlu tangani.
" Memang dijangkakan, majoriti pada awal pemilihan,
tetapi KETUA SAYA TIDAK SELESA bila saya kata kita menang 8,000..."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-prk-rompin-isyarat-pengundi-kepada-bn-kata-mb-pahang
6,413 pengundi yang tidak turun mengundi adalah penyokong
Umno dan BN kalau berdasarkan kepada keputusan PRU-13.
Umno bernasib baik mereka tidak mengundi Pas.
Bayangkan sekiranya TREND ini berterusan ke PRU-14?
Apa hendak dihairankan dengan keputusan Rompin ini kalau
nasib peneroka Felda TIDAK lagi penting kepada kerajaan.
Yang penting Felda menjadi GLOBAL.
Yang penting Felda ada HOTEL di LONDON.
Kalau di zaman Tun Razak, peneroka hidup senang walaupun
tidak mewah dan tidak ada saham, sekarang ini Felda KAYA, peneroka ada saham
800 unit seorang tetapi kehidupan peneroka sengsara menanggung hutang hingga ke
liang lahat.
Jadi apalah nak dihairankan kalau peneroka Felda juga
MENJADIKAN UNDI MEREKA GLOBAL.
Muhyiddin berkata keputusan tersebut adalah ISYARAT
KEPADA BN?
ISYARAT KEPADA SIAPA? Kepada Umno? Kepada Najib Razak dan
Rosmah Mansor?
Hati rakyat mana yang tidak terluka apabila duit mereka
dikutip kerajaan melalui GST dan setiap hari membaca betapa mewahnya kehidupan
pemimpin Umno dan apabila pemimpin ada masalah, Ketua-Ketua Bahagian diberi
peruntukan dan habuan ratusan ribu ringgit?
Jelapang YAKIN jika tiada perubahan di dalam pentadbiran
negara dalam masa 3 tahun ini, PASTI BN akan KECUNDANG semasa PRU-14 nanti.
Perasaan rakyat ketika ini marah meluap-luap dengan
suasana dalam negara.
Kepada pemimpin-pemimpin kerajaan terpulanglah apa
pilihan kamu.
Mahu memilih
A. Melakukan perubahan demi rakyat dan Umno; atau
B. Bagi projek kepada anak, bini dan sapu apa yang ada
sebelum hilang segala-galanya.
Dipetik dari blog :
JELAPANG: PRK ROMPIN: PENEROKA AJAR PEMIMPIN:
No comments:
Post a Comment