09 June 2009

Editor's Comments

Mengintai Kepincangan GLC

Banyak telah diperkatakan dikalangan blogger tentang prestasi buruk dan salah tadbir syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC ketika ini.

Kerugian besar yang dialami oleh Kumpulan Maybank akibat pelaburan kurang strategik di luar negara. Salah labur PNB dan KWSP keatas GLC yang tidak memberikan keuntungan. Kerugian berbilion ringgit oleh TNB. Pelaburan tidak ekonomik Telekom Malaysia (TM) didalam Axiata, Kacau-bilau isu penggabungan sektor perladangan didalam kes Synergy Drive. Tarik tali didalam perlatikan jawatan tetinggi di Petronas. Terbaru ialah kes kerugian yang di alami oleh UEM.

Syarikat-syarikat GLC adalah merupakan syarikat yang mana saham utamanya di pegang oleh kerajaan. Kerajaan mempunyai peranan yang besar untuk membentuk arah tuju syarikat-syarikat ini. Oleh kerana GLC adalah merupakan syarikat pelaburan kerajaan sudah semestinya setiap perkembangannya serta prestasinya diikuti oleh rakyat. Pembabitan rakyat lebih besar lagi apabila mereka sendiri melabur secara terus didalam GLC-GLC seperti PNB dan KWSP yang pastinya mengharapkan pulangan yang baik untuk hari depan mereka.

Sudah tentu ramai akan bertanya dan mempertikaikan bagaimana syarikat yang dimodalkan oleh kerajaan dari wang rakyat itu di niagakan. Bagaimana syarikat yang punyai monopoli eksklusif seperti TNB boleh rugi. Bagaimana seorang CEO boleh mendapat kenaikan gaji sehingga seratus peratus ketika syarikat mengalami kerugian dan bagaimana seorang CEO yang gagal boleh dilantik berkali-kali dan memegang jawatan utama di GLC yang lain pula. Bagaimana pula ada adik beradik atau ipar-duai boleh dilantik menjadi CEO kepada beberapa GLC. Itulah yang menjadi persoalan.

Salah tadbir, kerugian, menyimpan kroni a.k.a kuncu-kuncu didalam pusingan GLC tidak banyak diketahui oleh rakyat umum kerana tidak banyak didedahkan oleh media arus perdana. Berkemungkinan media arus perdana tidak dapat atau tidak berusaha untuk mencium permasalahan ini. Atau mungkin media arus perdana telah dipantau sebaiknya untuk menyimpan segala sampah sarap GLC kebawah karpet dari mendapat pendedahan umum.

Kita mungkin bernaib baik kerana busuk dan hanyir GLC dapat di hidu oleh para blogger yang perihatin dan mengketengahkan isu ini untuk tatapan umum. Kebelakangan ini isu-isu GLC banyak dikatakan oleh para blogger termasuknya blogger-blogger ternama yang punyai reputasi seperti The Scribe oleh Dato' A. Kadir Jasin, posting oleh Syed Akhbar Ali didalam OutSyed The Box, blogger Rocky's Bru dan Another Brick In The Wall.

SpotTheBloggers ada melontarkan cadangan kepada beberapa blogger yang punyai maklumat atau akses tentang GLC bagi mengwujudkan blog-blog yang bakal dikenali sebagai GLC Watch, PNB Watch, EPF Watch bagi menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepincangan GLC agar rakyat dapat mengakses maklumat tentang perjalanan sesuatu GLC. Blog Sime Darby Watch yang satu ketika dulu pernah membawa isu sehingga terbatalnya penswastaan operasi IJN kepada Sime Darby adalah satu contoh yang baik bagaimana peranan para blogger didalam memperbaiki sesuautu kepincangan.

SpotTheBloggers berharap blog-blog terus dapat memainkan peranan mereka sebagai wadah maklumat alternatif kepada pembangunan masyarakat.

Salam hormat.

No comments:

.

.

PROMINENCE BLOGGERS

SEBELAH SANA

.

.

GENERAL BLOGGING

.

.

BIZ & FINANCE

.

.

SPORTS

.

.

COOKINGS

.

.

ENTERTAINMENT & GOSSIPS

Total Pageviews

Followers

SINCE 2009 - GUESTS ONLINE