16 May 2009

ADA 'STAR RATINGS' DI SpotTheBloggers !


Salam Hormat.

Pengendali SpotTheBloggers merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengunjung blog ini dimana sejak di lancarkan pada 31 Mac 2009 tempohari ianya telah menggamit hampir 2,000 pengunjung untuk masa yang tidak sampai 2 bulan!.
SpotTheBloggers juga mengambil kesempatan disini merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para blogger ternama seperti Saudara Rocky's Bru, GAP Kembali, brader OTAI serta para pengunjung seperti Dal, Chegu Bard serta Anon lain diatas sokongan dan komen-komen yang membina untuk penambahbaikan blog ini.

SpotTheBloggers tidak terikat kepada mana-mana ideologi politik tertentu didalam listings bloggernya. Terbaru Pengendali blog telah meletakkan rating kepada setiap blog yang disenaraikan untuk kemudahan para pengunjung. 5 star rating diletakkan kepada para blogger elitis yang sentiasa berkarya dan meng update kan blog masing-masing disamping kesediaan mereka untuk menyiarkan komen pengunjung sama ada yang pro ataupun kontra kepada pendapat atau tulisannya. Faktor-faktor lain ialah dari segi postings yang menjunjung sifat keilmuan, idea dan pendapat yang bernas serta menerima banyak komen atau maklumbalas dari para pengunjung.

Kepada para blogger, Selamat Berkarya dan kepada para pengunjung, Selamat Membaca!

12 comments:

Anonymous said...

toksah nak cakap le anda neutral, hanya blogger BPN yang dapat rating tinggi. bye!

matgian.

Unknown said...

Sdr Mat Gian!

Terima kasih kerana sudi jenguk & komen.

SpotTheBloggers bukanlah bloger biasa dan hanya menyenaraikan blogger-blogger terpilih untuk kemudahan peng 'gian blog'.

SpotTheBloggers juga tidak menjadi ahli mana-mana persatuan. Salam hormat.

Anonymous said...

maksud tuan, hanya tuan yg boleh mentafsirkan kualiti blog dan bloggers? huh!dasyat!

The gravitational pull of sopo blogs and bloggers depend on a person's preferences. period.

Unknown said...

Tiada perbincangan dengan Anonymous, T. Kasih.

Anonymous said...

Thanks,
Save lots of our time for busy guys like us with this. I think this is really a good idea.

Best of luck and please keep us updated at all times..

Salam
CKA

Unknown said...

Dear CKA

U got it!. Thank U 4 ur support.

Salam

Dr Bima Sakti said...

salam.

satu usaha yang baik dari pihak tuan blog.

usah dihiraukan komen yang negatif...

biasalah hidup dalam dunia ni,kena ada dugaan.Penyakit dengki atau busuk hati adalah unsur-unsur yang boleh mematikan hati.sama-sama lah kita jauhi.

wassalam.

Unknown said...

Dr Mohd Zaki

Matlamat awal adalah untuk kemudahan sendiri dan kemudiannya dipanjangkan kepada rakan-rakan.

Terdapat juga enjin carian blog yang lain sepertinya di internet tetapi mereka mendapati SpotTheBlogger menepati apa yang dikehendaki.

Blog ini akan di update dari semasa kesemasa dengan sari berita utama untuk kepuasan pengunjung.

Terima kasih diatas sokongan tuan.

Anonymous said...

Harap saudara spotthebloggers memilih blogger-blogger yg menggunakan akal dalam dalam mengulas dan melontarkan pendapat.
Sy dapati ramai blogger di bawah spottheblogger ini tidak menggunakan akal dan cuma menulis membuta tuli tanpa berlandaskan fakta,
seperti memanggil saudara Nizar bintang 3, Anwar B.A.B.I, dan sebagainya.

Sy sendiri menamakan diri antifeudal, tapi sy tidak memanggil raja dan sultan itu dengan panggilan yg kasar.

Harap maklum.

Unknown said...

Dewamuzik

Blogger punyai idologi dan pandangan tersendiri tidak kira dianya pro atau memihak. Contohnya didalam blog Kula Voize (YB Kulasegaran - Ipoh Barat) dalam posting terbarunya mengatakan orang UMNO kaki botol, kaki rasuah, kaki maksiat dan pada masa yang sama mengepit Al Quran (Rujuk postings tajuk 'An Old Imam').

Inilah dunia blog!. Walau bagaimanapun pandangan sdr di ambil kira dan boleh juga mencadangkan kepada kami mana-mana blog yang baik yang boleh diletakkan didalam listings SpotTheBloggers

Salam hormat

Husin Lempang said...

Habis tu lu punya blog berapa pulak ratingnya??
Sedap je letak bintang ikut suka hati.

Unknown said...

Letak tiga je bang ! tak berani lebih sebab saya pun kuat mengutuk juga....

.

.

PROMINENCE BLOGGERS

SEBELAH SANA

.

.

GENERAL BLOGGING

.

.

BIZ & FINANCE

.

.

SPORTS

.

.

COOKINGS

.

.

ENTERTAINMENT & GOSSIPS

Total Pageviews

Followers

SINCE 2009 - GUESTS ONLINE