30 July 2009

BERAS - ISU NASIONAL!

SpotTheBloggers kali ini memetik 2 postings piihan mengenai isu penguasaan tangan-tangan asing di sebuah GLC kerajaan, BERNAS. Peranan BERNAS dilihat semakin tidak relevan. Cukupkah peranan BERNAS sekadar menjadi orang tengah yang membeli padi murah dari petani (yang keseluruhannya terdiri dari orang Melayu) dan kemudian menyerahkan kepada pihak lain untuk pemasaran. Ramai juga yang mepersoalkan berapa keratkah pemborong bumiputera yang benar-benar bergerak aktif di bawah payung BERNAS.

Beras adalah makanan ruji orang Malaysia. Setahun lepas harga runcit beras melonjak naik sekali lipat. Tidak mustahil ianya akan berulang lagi.


BLOG MUMMY ROKIAH
Thursday, July 30, 2009

Bernas dilacurkan , bukti kegagalan Malaysia Incorporated

Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Bernas sebuah syarikat strategik di dalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

Bernas ditukarkan dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994 yang kononnya atas dasar Malaysia Incorporated dan di senarai awamkan pada tahun 1997. Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.

Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.

"Tuai padi antara masak besok jangan layu-layuan,. Jika beras telah menjadi dedak di masa itu hilang keruan"


BLOG PENARIK BECA
30 July 2009

Dah lama dah Wang Tak dok attack Bernas

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan mengenai penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.

Malas nak kata apa. Tetapi, berita dalam akhbar tempatan membuktikan usaha Wang tak bukan baru. Dah lama dah.

Lagu mana yang tak sedar tu? Kalau kutu macam saya tak sedar, itu biasa la. Mana aku tau. Akaun CDS pun aku tak dak. Mana nak ada duit nak beli saham. Setakat terliur tengok orang main saham, tu aku mampu la.

Tapi takkan pakar-pakar strategi dan keselamatan negara tak rasa apa jika pada Ogos tahun lalu pun Wang Tak dah debik 27.63% saham Bernas. Sila baca berita di bawah:
Wang Tak buys more Bernas shares

The Star (22/8/08): Wang Tak Company Ltd of Hong Kong continued to increase its shareholding in Padiberas Nasional Bhd with the acquisition of another 1.63 million shares from Aug 7 to 13.

A filing with Bursa Malaysia showed Wang Tak bought one million shares on Aug 7 and another 274,000 shares on Aug 11. It acquired 360,00 shares on Aug 13.

The recent acquisitions raised its shareholding in Bernas to 27.63% or 129.95 million shares. The share price was trading between RM1.36 and RM1.39 during the period.

Bernas, which maintains the national rice stockpile, saw its share price higher a 52-week high of RM2.39 on April 10 when rice prices rallied while its 52-week low was on Aug 19 when it fell to RM1.31.

Its share price was at RM1.36 in early trade on Friday. It was trading at a price to earnings of 6.71 times.
Berkaitan:
Bernas allays concerns over HK firm’s 31% stake (The Edge 30/7/09)
Bernas unfazed by Hong Kong firm owning almost a third of it (Malaysian Insider 29/7/09)
'Usah biar firma asing kuasai saham Bernas'
Berita Harian (30/7/09): Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.

"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Berita Harian mengenai kemerosotan penguasaan pelabur tempatan dalam saham Bernas yang ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Isnin lalu, Wang Tak kini muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan itu sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, pula mahu motif sebenar syarikat terbabit membeli 31 peratus pegangan saham dalam Bernas diperjelaskan.

"Kita perlu tahu tujuan sebenar syarikat terbabit melabur dalam Bernas. Apakah ia sekadar untuk mencari keuntungan atau berhasrat untuk campur tangan dan menguasai syarikat itu.

"Ini kerana sebelum ini 100 peratus saham Bernas dikuasai Bumiputera dan Bernas adalah syarikat yang penting berkaitan padi dan kini ia sudah mengurangkan pegangan saham Bumiputera," katanya.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mempersoalkan mengapa hak pemilikan komoditi penting negara, seperti makanan, dibiarkan dikuasai orang luar.

"Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat.

"Jika ada unsur luar menguasai saham kita pada jumlah yang besar, kita bimbang ia akan dimonopoli pada saat genting dan kerana itu kepentingan rakyat perlu dijaga," katanya.

Abdul Rahim berkata, Gabem akan menulis surat bagi meminta kerajaan bertindak segera dalam usaha mengembalikan saham berkenaan.

"Walaupun kerajaan boleh mengawal, tetapi rakyat tidak dapat menerima keadaan ini di mana saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar," katanya.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif pula meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang dimeterai Bernas dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

"Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan," katanya.





No comments:

.

.

PROMINENCE BLOGGERS

SEBELAH SANA

.

.

GENERAL BLOGGING

.

.

BIZ & FINANCE

.

.

SPORTS

.

.

COOKINGS

.

.

ENTERTAINMENT & GOSSIPS

Total Pageviews

Followers

SINCE 2009 - GUESTS ONLINE