12 August 2009

LOKE DAN OOI AKAN DIPANGGIL POLIS


KPN, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan bahawa kedua-dua peminpin DAP iaitu Loke Siew Fook (MP Rasah) dan Jeff Oii (MP Jelutong) akan dipanggil untuk diambil keterangan masing-masing berhubung dengan kenyataan dan artikel mereka yang didapati menghina dan mengkeji agama Islam baru-baru ini. Demikian Star Online melaporkan hari ini.

Kedua-dua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah atau dibawah Akta Hasutan.

Isu menghina agama, kedudukan serta hak istimewa orang-orang Melayu bukanlah perkara baru. Isu ini menjadi menjadi reda apabila pihak yang mengeluarkan kenyataan memohon maaf apabila terdesak. Selepas beberapa ketika isu ini akan timbul kembali. Mereka menjadi semakin berani dan berani kerana tidak ada tindakan yang tegas diambil.

Kita sama-sama berharap bahawa pada kali pihak KDN mahupun Polis akan bertindak dengan lebih tegas agar pihak-pihak yang menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan keresahan kaum dapat dibendung dan tidak akan berulang lagi.

No comments:

.

.

PROMINENCE BLOGGERS

SEBELAH SANA

.

.

GENERAL BLOGGING

.

.

BIZ & FINANCE

.

.

SPORTS

.

.

COOKINGS

.

.

ENTERTAINMENT & GOSSIPS

Total Pageviews

Followers

SINCE 2009 - GUESTS ONLINE