Terbaru seorang gadis bernama Aisyah Jamaluddin telah dipergunakan oleh sebuah stesyen radio dengan menyiarkan komen dan persendaan terhadap hukum hudud melalui sebuah video klip yang disiarkan di Youtube. Mengapakah stesyen radio itu menggunakan seorang gadis Melayu sebagai bahan propagandanya sudah dimaklumi bahawa untuk merosakkan institusi Islam- Melayu.
Anehnya ada ibu bapa yang masih buta dan keliru dengan
perilaku sianak seperti mana si bapa gadis bernama Aisyah ini tampil membuat
kenyataan menyokong kebiadaban anaknya serta menyalahkan masyarakat sekeliling apabila anaknya menerima
ugutan bunuh, rogol dan bakar. Tanpa rasa malu sibapa menyatakan bahawa hidup
mereka sudah tidak lagi selamat di negara ini selepas anaknya dikecam membuat
kenyataan menghina dan memperlekehkan institusi agamanya sendiri.
Apa yang meresahkan ialah apa sahaja peristiwa yang membawa
kontroversi di negara ini adalah didahulu dengan gelagat yang tidak terkawal
oleh gadis-gadis Melayu. Lihatlah betapa anak-anak gadis Melayu (kebanyakannya
bertudung) terkinja-kinja memegang anjing dalam penganjuran I Want To Touch A
Dog. Anak-anak gadis Melayu juga terkedepan dengan peristiwa memeluk artis-artis K-pop baru-aru ni. Ada yang sibuk menyertai parti politik yang terang-terang tidak
mesra-Islam dan berbagai peristiwa lagi.
Dalam kes-kes murtad pula ia juga dijuarai oleh para
gadis-gadis Melayu. Disana sini berita murtad adalah dikalangan gadis Melayu!.
Anak gadis Melayu sedang dirosakkan dan dipergunakan untuk mengoyak rabakkan
institusi Agama Islam!
Puak-puak diluar sana sanggup dan bersedia membela dengan
menyediakan bantuan kewangan, para peguam, sebaran media dan apa sahaja asakan
tujuannya untuk menghancur-musnahkan kemuliaan Agama Islam tercapai. Segala apa
tidakan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama akan di viralkan supaya Islam
kelihatan lebih buruk. Kebanyakan anak gadis kini lebih mudah dipengaruhi dan
tanpa rasa segan silu berbuat apa sahaja perkara terlarang mungkin untuk tujuan
glamour atau minta untuk diberi perhatian, sebab kewangan atau cinta.
Kurangnya didikan yang diterima dari ibu bapa, atau hidup diluar lingkungan agama maka segala tindak tanduk anak-anak gadis diberi sokongan walaupun didalam perkara yang menyesatkan. Ada ibu bapa yang sanggup membela tindakan anak-anak tanpa mampu untuk menasihatkan apa yang betul dan tidak betul.
Ingatlah para ibu bapa, abang, adik. Perhatikan dan berilah
perhatian yang serius kepada anak gadis anda. Kawal lah anak -anak gadis kita.
Jangan kita terpedaya hanya kerana mereka keluar memakai tudung. Lihatlah di
internet betapa banyaknya anak-anak gadis Melayu bertudung merakam aksi maksiat
mereka dan dimuat naik kelaman sosial tanpa rasa bersalah!
Jangan kelak selangkah memasuki syurga tiba-tiba
kita direntap keneraka oleh gelagat anak gadis kita. Firman Allah, “Wahai
orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api
neraka..”.(At-Tahrim: 6)
1 comment:
Hanya anak gadis ke? anak lelaki macam mana.....dasar male chauvinist....ur article sucks
Post a Comment