Tindakan Portal Malaysiakini menyiarkan kenyataan cemuhan dan penghinaan oleh bapa kepada Aisyah Tajuddin (Penyiar BFM) diharapkan dapat mengundang simpati masyarakat. Poting bertajuk 'Bapa Sedih Aisyah Di Ancam Bakar, Rogol yang diharapkan akan mendapat komen-komen menyokong telah bertukar menjadikan komen-komen yang 'mencela-celakan' mengambil tempat sehingga lebih 98% dari komen-komen yang diterima.
Lantas berita yang menjadi tajuk berita telah dinyah-siarkan oleh Malaysiakini malam tadi.
Isu ini dibawa berikutan satu video klip yang diterbitkan oleh BFM.fm radio di portal Youtube mencela dan mempersendakan hukum hudud yang akan dilaksanakan di Kalantan. Isu ini menjadi viral kepada masyarakat sehinggakan pelakon yang membawa dailog dan watak didalam video-clip itu mendapat panggilan ugutan bunuh, rogol dan bakar. Lantas bapa si penyiar melalui Malaysiakini telah mengecam ugutan bunuh, bakar dan rogol anaknya sebagai tindakan dari masyarakat yang tidak bertamadun serta mengaku beliau tidak lagi selesa tinggal di Malaysia yang tidak selamat dan berbahaya. Beliau yang juga seorang bekas pensyarah UTM mendakwa sistem pelajaran Malaysia yang tidak relevan dan tidak mendidik.
Berikutan dengan cemuhannya kepada masyarakat telah mengundang komen yang mencela dan mencelakan beliau sehinggalah berita tersebut dinyah-siar dari portal mereka pagi ini. Lazimnya berita yang diletakkan pada tajuk utama akan bertahan di portal itu untuk selama 3 hari. Tapi ini agak berlainan sedangkan ia mendapat komen tertinggi pernah diterima kepada sebuah artikel!
Tidak menghairankan kerana misi Malaysiakini dan beberapa portal lain adalah sengaja mengutamakan berita yang sengaja mentikaikan atau memperkecilkan apa sahaja yang berkaitan agama Islam atau Melayu. Apa sahaja berita yang boleh diprovokasikan berkaitan Melayu dan Islam akan menjadi viral dan diperbesar-besarkan secara negatif.
Kita tidak faham bagaimana perasaan pemberita-pemberita dan kakitangan Islam yang bekerja disitu. Adakan mereka masih mempunyai maruah dan nilai bilamana maruah agama sendiri dipertikai dan dihina semaksima mungkin. Bahkan mereka dengan sebaik mungkin akan mencari berita yang boleh menghinakan dan memprovokasi agama sendiri untuk dijadikan bahan berita.
Demikianlah mereka ini tidak ubah sebagai 'Abdullah bin Ubai moden' bersekongkol dengan agen-agen video klip tersebut!
Malaysian Bar urges Terengganu and Federal Govts to reconsider public caning
-
(TS) : The Malaysian Bar today urged the Terengganu state government and
the Federal government to reconsider public caning practices by reviewing
and am...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment