Imam Syafi'i (Rahimakumullah) di tanya bagaimana kita
mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah?. Jawab beliau
" Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka akan
menunjukimu siapa pengikut kebenaran"
Dengan situasi terkini perpecahan umat Islam di negara ini
dapat sendiri kita lihat dengan mata kasar apabila mereka-mereka ini yang
kononnya memperjuangkan agama dan kebenaran, seolah-olah tidak ada orang lain
yang lebih Islamik bertukar 360 darjah dala sekelip mata. Mereka yang dulu
mengata dan menyindir sebuah parti lain yang mementingkan Assabiyah, akhirnya
parti itu yang menyokong kepada Rang Undang-Undang Hudud yang dibentangkan.
Perjuangan yang kononya menegak agama Allah tiba- tiba
menjadi penentang perintah Allah apabila Hudud hendak dilaksanakan dengan
seribu satu alasan. Bahkan lebih teruk lagi saling berganding bahu dengan
sikafir untuk meruntuhkan hukum Allah.
Sudah tentulah sikafir akan bersikap prejudis kepada apa
sahaja yang bercirikan Islam baik undang-undangnya malah norma dan peraturan
hidup Islam hendak mereka rosakkan.Kepada bukan Islam sudah pastilah pelaksaan
hokum hudud pasti akan meresahkan mereka. Segala penerangan yang cukup haruslah
diberikan agar mereka faham.
Tetapi masalahnya terdapat ramai Melayu-Islam yang terasa
miang dengan usul membawa hudud ke parlimen. Mereka lebih risau dari yang patut
risau.
Sungguh pun didalam AlQuran atau Sunnah tidak menjelaskan
secara detail tentang kaedah melaksanakannya, tetapi Hudud adalah merupakan
satu perintah. Para ulama atau cendekiawan Islam lah yang harus bermuzakarah
tentang bagaimana pendekatan yang harus diambil.
Undang-undang sentiasa tertakluk kepada perubahan dari
semasa kesemasa mengikut keperluan zaman dan keperluan setempat. Hatta undang-undang
sivil pun. Sudah tentu ada kekurangan disana sini semasa perlaksanaannya. Tidak
rugi untuk copy & paste dari undang-undang hudud Negara terdekat
seperti Brunei atau Provinsi Aceh.
Memetik Dr Ridzuan Tee didalam posting terkininya, 'BeraniKerana Benar Demi Allah', berkata
Biarlah orang kafir sahaja yang beranggapan sedemikian. Sebagai umat Islam,
kita bersangka baik dahulu. Jika ada yang tidak kena, sama-samalah kita
perbaiki. Sampai bila kita harus menunggu dan memberikan alasan, kemiskinan dan
keadilan harus diberikan keutamaan.
Selama ini kita mengamalkan sistem demokrasi, adakah
kemiskinan dan ketidakadilan dapat dihapuskan? Tidak juga. Justeru, kenapa
tidak beri peluang untuk hukum Islam itu berjalan?
Salam.
No comments:
Post a Comment