05 August 2009

H1N1 - TIONG LAI KENA LETAK JAWATAN





Sehingga ke petang ini wabak Influenza A H1N1 telah mengambil korban ke14nya di Malaysia dan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai kali ini menyalahkan jerebu sebagai alasan merebaknya wabak ini.

Sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Tiong Lai dilihat bagaikan tidak bermaya untuk menangani wabak ini. Tiong Lai gagal untuk menyelaraskan tanggungjawap pegawai dan kakitangan dikementeriannya sehingga urusan menanganni H1N1 menjadi kelam-kabut.


MalayMail Online hari ini melaporkan bahawa ada pesakit yang terpaksa menuggu selama 5 jam untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Sebelum ini dilaporkan juga bahawa pada peringkat awal saringan kesihatan mencegah H1N1 di lapangan terbang juga dilakukan secara ambil mudah.

Kini wabak ini telah menular ketahap yang amat membimbangkan. Dalam masa yang sama wabak deman denggue juga masih belum reda. Di Ipoh seorang bapa yang bergegas untuk mengambil anaknya yang diarahkan pulang dari sebuah IPT kerana disyaki mendapat simptom H1N1 kemudian terkejut bahawa anaknya yang seorang lagi dirumah pula didapati mengidap demam denggue dan terpaksa dimasukkan ke wad pada hari yang sama.

Dikala Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mengumumkan kegagalan kementeriannya dalam usaha membenteras denggue, dan tidak mustahil selepas ini akan membuat kenyataan yang sama dalam isu serangan H1Ni ini pula.

Tiong Lai harus mengambil tanggungjawap ini. Beliau harus meletak jawatannya dengan memberi peluang seorang Menteri Kesihatan yang baru untuk mencari jalan memerangi wabak H1N1 yang semakin menakutkan ini!

Adalah lebih baik meletak jawatan sekarang sebelum Laporan KPI anda di umumkan tidak lama lagi!

3 comments:

Anonymous said...

dengan menyuruh menteri tu letak jawatan .. boleh selesai ker masalah ni?? Bangang punya org!!!........ bukan menteri tu yang bawa wabak ni woiii........ Bagi ko yang jadi menteri kesihatan ko boleh kawal ker ??? Mcm mana ko nak kawal tu ek??? Penyakit tu dari Allah. Satu dugaan tuhan atau mungkin satu bala Allah turunkan atas kemusnahan yang makluk lakukan . segala mcm kemusnahan yang dilakukan . Fikir2 kan la di selangor, di perak, di penang, di kedah...... BALA ALLAH !!!

Anonymous said...

hg la bangang, dah x tau nak wat pa, dok jd menteri lg wat pa. Yg dia tau bg alasan ja. Boleh kawal ke x leh ke ni reja Dia. Yg penting berusaha n tawakal, nak jaga airport pun x leh, cam na nak jaga rakyat 1 malaysia. Bila sek. n university kena tutup, semua blk. Tp tidak di kedah, bila kolej Isaniah kena H1N1, kolej kena tutup dan 175 org kena kurong (kuarantin) didlm bilik asrama masing2, kata ustaz Azizan MB kedah.

Mudskipper said...

Komen blogger KUDA KEPANG di
http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/08/isytiharkan-selsema-babi-masalah.html sangat relevan.

.

.

PROMINENCE BLOGGERS

SEBELAH SANA

.

.

GENERAL BLOGGING

.

.

BIZ & FINANCE

.

.

SPORTS

.

.

COOKINGS

.

.

ENTERTAINMENT & GOSSIPS

Total Pageviews

Followers

SINCE 2009 - GUESTS ONLINE