13 March 2015

GST, Adakah Saya Salah Faham?

"GST nih apa citernya Tok..., panasss. Itulah dailog Sofi Jikan dan Abu Bakar Omar dalam promo GST yang disiarkan oleh tv-tv tempatan. Dalam dailog itu juga disebut bahawa kemungkinan harga barangan akan naik 10% tetapi penurunan 40%. Begitu? Bagaimana andaian itu dibuat?






GST akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015 ini. Sepanjang penerangan daripada promo-promo kerajaan di tv bahawa ini adalah cukai terbaik saat ini. SST yang didakwa sebagai tidak lagi efektif  oleh faktor herarki cukai yang berlapis dan kalau dikumpulkan berjumlah sehingga 16% yang kini ditanggung oleh rakyat (pengusaha dan pengguna)

Penerangan dari bapak-bapak menteri yang bijaksana mendakwa cukai GST adalah yang terbaik kerana rakyat hanya dikenakan cukai maksima 6% sahaja nanti. Baguslah begitu.

Apa yang kurang jelas kepada ramai adakah tanggungjawap 6% itu itu hanya dikenakan kepada
rakyat sahaja? Mengikut apa yang difahamkan bahawa tiada lagi cukai berganda. Maksudnya tidak ada lagi cukai diperingkat pengeluar atau pengilang. Tiada lagi cukai diperingkat pemborong atau pengedar. Cuma ada satu cukai akhir yang hanya akan dikenakan kepada pengguna.

Bermakna hanya pengguna akhir sahaja yang akan dikenakan cukai. Kerajaan memang sangat bijak. Kelihatan pada kali ini hanya rakyat (pengguna) sahaja yang terbeban dengan cukai ini!. Harapnya jangan kerajaan hanya melempiaskan cukai ini kepada rakayat sahaja.



Itu baik juga kalau diperingkat pengeluar, pengilang, pemborong, pengedar dapat merealisasikan niat cukai ini agar barangan yang mereka dapat dijual dengan harga yang rendah.

Sebelum GST diperkenalkan banyak berlaku ketirisan dimana banyak syarikat atau pengeluar yang berjaya memanipulasi cukai dan menipu pendapatan. Kerajaan mengalami kerugian besar kerana cukai yang sepatutnya dikutip tidak diperolehi.

Kira-kira seminggu lepas saya pergi ke sebuah bengkel membaiki kenderaan menukar cluth-plate pacuan 4 roda saya dan dikenakan caj lebih kurang RM1,600. Pengurus bengkel tanya mahu resit ka tak mahu resit? . Kalau mahu resit dia terpaksa masukkan caj 6 % (tambahan RM96 yang saya kena bayar). Saya kata mana ada lagi GST, belum pun 1 April. Dia kata get ready maaa!.

Mungkin kah nanti sebaik sahaja 1 April 2015 adakah harga barang menjadi lebih rendah menjadi nyata?. Jangan hanya satu dua barang sahaja yang turun harga tetapi 80% lagi harga barangan atau perkhidmatan masih kekal atau meningkat. Jangan nanti pak menteri memberi alasan harga barangan belum boleh diturunkan kerana terpaksa menghabiskan stok lama. Kelak nanti pak menteri akan jadi old stock

Kenyataan Tun Mahathir bahawa 'Batalkan sahaja GST atau hilang undi menambahkan lagi keraguan kita. Adakah GST ini akan menemui kegagalan?

Salam.  

3 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Xi Ah Mang said...

Pengkilang dan syarikat akan kena cukai macam biasa syarikat selepas kira untung. Tapi kali ini kita boleh tahu berapa banyak untung sebenar yg ia dapat.

Unknown said...

Salam mullah qadammullah..inilah yang kita saksikan kebodohan kerajaan dan kabinetnya.siapa yang berkuasa pengilang atau kerajaan..siapakah yang meluluskan lesen pengilang..pemegang ap.dan lain-lain lagi..?semuanya kerajaan..yang melukuskan..jadi bila berlaku kenaikan harga barang oleh pengilang dan dimanakah kuasa kerajaan itu tadi..?jika kita fikirkan sst dahulu semasa dijalankan kenapa bil api bil air dan segala bil lain-lain tidak ada kenaikan harga..tapi apabila gst dilakukan kenapa tarif naik.saya terkejut bila tengok bil api rumah saya..apa semua ni..inikah manifesto kerajaan ..RAKYAT DIDAHULUKAN..kenapa selama hari ini kemana perginya duit kerajaan yang dikutip dari cukai-cukai lain.kemana menghilangnya.saya rasa tika najib mentadbirkan negara tiada kemajuan yang dilakukan.cuma ada bnyk kejutan tentang pentadbiran najib.iaitu kes altantuya..kes kapal selam..kes..belian helikopter..1mdb..saya ucapkan syabas pada pentadbirab najib and the gang..kerana bnyk kejutan buat rakyat dan dunia kerana mengharumkan nama malaysia sebagai negara korupsi.seperti yang dikatakan oleh tun m..berbeza tika tun m..memerintah bnyk perubahan dilakukan serta kejutan demi pembanggunan negara kita ini.pak lah terkenal dengan islam hadari nya..najib dan rosmah terkenal dengan keborosan belanja wang rakyat..apa yang akan jadi pada rakyat..namun badut-badut kabinetnya..seperti dicucuk hidung suapya bersekongkol utk melancarkan misi menjahanamkan rakyat..serta negara..saya mencabar kepada najib.dan juga kabinetnya mari berdebat dengan saya..sbb saya sebagai seorang melayu dan agama saya islam saya harus menegah serta menegur akan pemimipin saya..seperti mana yang diterangkan oleh nabi muhammad saw..dan saya lihat disini pemerintahan najib and the gang memerintah hanya deni kepentingan poket sendiri bukannya utk rakyat serta mengikut landasan islam..inilah dikatakan malaysia negara islam sekular..seperti negara turki yang dipimpin oleh kamal al artatuk..singkaplah kepimpinan oleh tokoh islam seperti saidina umar alkhatab..ingatlah setiap perbuatan akan dibalas oleh allah swt di akhirat kelak..ingatlah allah tidak kejam ke atas hambanya malah hambanya kejam terhadap allah swt..serta hamba-hamba yang lainnya..ingatlah allah maha kuasa dan maha pencipta..KHULU NABSIN ZAIKHATUL MAUT ..setiap yang hidup bernyawa pasti menemui mati . .

.

.

PROMINENCE BLOGGERS

SEBELAH SANA

.

.

GENERAL BLOGGING

.

.

BIZ & FINANCE

.

.

SPORTS

.

.

COOKINGS

.

.

ENTERTAINMENT & GOSSIPS

Total Pageviews

Followers

SINCE 2009 - GUESTS ONLINE